TopmindWorks Blog

Perbezaan Antara Jenis-Jenis Hosting Website

Setelah memilih nama domain yang sesuai dengan nama perniagaan. Langkah seterusnya adalah memilih penyedia hosting yang tepat agar masalah di kemudian hari dapat diminimumkan sebaik mungkin. Walaubagaimanapun penulisan saya kali ini tidak menjurus kepada pemilihan tersebut. Namun anda boleh merujuk kepada link ini untuk mengetahui cara pemilihan hosting yang terbaik.

Berbalik kepada kesesuaian dengan tajuk kita kali ini agar dapat jadikan panduan supaya anda lebih mudah nembuat pemilihan jenis hosting yang ingin digunakan.

Di pasaran penyedia hosting pada masa sekarang ini terdapat 3 jenis hosting yang sering kali ditawarkan.

Jenis yang pertama adalah jenis Shared Hosting (Perkongsian). Saya klasifikasikan ianya sebagai “starter” atau pemula. Ini kerana hosting jenis ini selalunya menjadi pilihan kebanyakkan perniagaan kecil dan baru berjinak-jinak dengan dunia website.

Kelebihan hosting jenis ini adalah murah, pantas, dan mudah untuk disediakan. Anda hanya perlu beli dari pihak penyedia hosting dan terus boleh digunakan. Oh ya, terus boleh digunakan bukan bermaksud website anda terus boleh didesignkan ya. Terdapat beberapa proses lagi yang perlu dilakukan selepas itu.

Dari sudut kekurangan pula, hosting jenis ini selalunya akan mempengaruhi dengan kecepatan sesebuah website untuk loading. Dari segi aspek lain seperti tahap keselamatan juga kurang terjamin. Ini kerana, jika anda memilih jenis hosting seperti ini bermaksud anda akan berkongsi dengan beberapa pengguna lain seperti anda yang anda tidak kenali. Kebiasaanya jumlah minimum anda akan berkongsi dengan 25 website yang lain yang dimasukkan ke dalam satu hosting.

Seterusnya pemilihan bagi jenis hosting Virtual Private Hosting (VPS). Hosting seperti sangat sesuai bagi yang betul-betul ingin serius dalam dunia website. Dan saya sangat sarankan menggunakan hosting jenis VPS ini walaupun tahap penyediaannya kurang mudah jika dibandingkan dengan jenis shared hosting seperti sebelum ini. Anda mungkin memerlukan seorang web developer jika anda langsung tidak tahu menahu mengenai bidang ini.

Walaubagaimanapun, dari sudut harga ianya tidaklah mahal seperti yang disangkakan. Pada kebiasaan harganya hanya diantara RM500 hingga RM1000 sahaja untuk langganan tahunan. Jenis seperti ini juga lebih selamat dan pelawat dapat mengakses website anda dengan lebih pantas.

Ini adalah kerana anda adalah satu-satunya pengguna tunggal di dalam hosting tersebut. Jadi anda lebih layak mendapatkan kelebihan yang sesuai dengan harga langganan yang anda bayar.

Untuk jenis hosting terakhir adalah hosting jenis Dedicated Server Hosting. Hosting ini lebih sesuai jika anda sudah mempunyai perniagaan yang sudah berkembang.

Saya tidak berniat ingin mengulas lanjut tentang hosting jenis ini. Ini adalah kerana kebanyakkan usahawan di dalam Malaysia masih lagi tidak memerlukannya. Ditambah pula harga langganannya yang mahal.

YOU MAY ALSO ENJOY THESE ARTICLES
ENJOYING THIS ARTICLE ?

Join our newsletter and stay up to date with latest articles.

Join Our Newsletter

to get free latest articles direct on your inbox

Share

Follow Us

Scroll to Top

© 2019-2022 Topmindworks. All rights Reserved.

We at Topmindworks partner with you to provide your customers with an effortless sales cycle. We combine industry-leading UX with an automated marketing backbone to optimize your conversions at an enterprise level.

Rawang, Selangor.

Operation Hours
Mon – Fri, 9am -6 pm

© 2019-2022 Topmindworks. All rights Reserved.

Contact

(+6) 012 943 7223

support@topmindworks.com

Drop us a message